Saturday, February 26, 2011

My Experience

     Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan.Sekarang saya tidak sefree dulu untuk berceloteh.Kini saya sedang menuntut ilmu di suatu tempat yang agak bebas daripada hiruk-piruk kota.Di situ banyak mengajarkan erti persahabatan sejati di samping dapat membetulkan segala kekurangan pada diriku ini.Saya beruntung kerana diberi sahabat2 yang bermacam-macam jenis,ada yang pendiam...ada yang agak riuh.HAHAHA.Dengan adanya mereka,suasana menjadi bertambah meriah.Petang ini,saya akan kembali semula ke tempat pengajian untuk menimba lebih banyak ilmu dengan izin Allah.Amin...
      Kedengaran ada khabar angin mengatakan result SPM 2010 akan keluar esok.Tapi keputusan itu belum pasti kerana ada yang memberitahu 28/3.Harap2 result itu keluar secepatnya kerana kata orang ASAP.Sebab kekadang hal ini membuatkan kita ternanti-nanti serta menganggu konsentrasi dalam kelas.Kepada ADIK-BERADIK,Along sentiasa di hati korang dan mendoakan korang agar mendapat keputusan yang gempak2,,,hahaha.Amin Ya Rabb.

Saturday, January 22, 2011

PANDUAN UNTUK MENGHAFAZ AL-QURAN

               Assalamualaikum kepada teman-teman yang setia mengikuti blog saya,alhamdulilah kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada.Insya-Allah dengan ilmu yang sedikit ini kita dapat amalkan dalam kehidupan kita dan sama-sama memperoleh manfaatnya.Dalam sesuatu pekerjaan pasti ada permulaannya kan?Begitu jua apabila kita menghafaz Al-Quran.Antaranya ialah...

                          
SEBELUM
  • Niat yang ikhlas
  • Pakaian dan tubuh yang suci dan bersih
  • Pastikan diri dalam keadaan bersedia,tidak mengantuk,letih dan runsing.
SEMASA
  • Baca ms yang hendak dihafaz berulang kali sehingga lancar & menepati hukum tajwid.
  • Pastikan tiada kesalahan huruf,baris dan wakaf.
  • Bahagikan ms yang hendak dihafaz kepada 3@4 bahagian
  • Baca bahagian pertama dengan lancar.Jika ayat hafazan panjang gunakan kaedah pemotongan ayat.
  • Mulakan dengan menghafaz ayat yg pertama dgn kekerapan ulangan 15-30 kali
  • Guna kaedah lihat mashaf 5x dan tidak lihat mashaf 5x
  • Setelah hafaz ayat pertama,gunakan kaedah yg sama untuk ayat hafazan yg kedua.
  • Setelah ayat kedua,ulang kembali ayat pertama dan kedua sebanyak 5-10x.
  • Teruskan dengan hafazan ayat ketiga berpandukan kaedah yang sama.
  • Begitulah ayat-ayat seterusnya.
SELEPAS
  • Membaca ayat yang dihafaz dalam solat
  • Bersahabat dengan orang yang sentiasa mengingatkan kita tentang kepentingan membaca Al-Quran.
  • Sentiasa mengisi masa lapang dengan mengulang ayat yg sudah dihafaz atau ayat baru
  • Sentiasa berdoa agar Allah memberi kekuatan dan kemudahan untuk menjaga kalam-Nya.

Wednesday, January 19, 2011

Alhamdulilah Ya Allah!

         Assalamualaikum dan semoga Allah sentiasa merahmati kalian walau apa pun yang kalian lakukan ketika ini.Tetapi harus diingat bahawa perbuatan yang paling disukai Allah ialah perkara kebaikan.Kita disuruh supaya membantu orang lain terutamanya yang berada di dalam kesusahan.Apabila kita pula yang berada di posisi orang yang dilanda musibah,kita akan merasakan situasi yang pernah dialami oleh rakan-rakan kita di luar sana.Segala ujian yang dikurniakan Allah pasti ada hikmahnya,oleh itu tabahkanlah diri anda kerana Allah itu Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui. 

         Baru-baru ini,kita digemparkan dengan berita bencana alam yang meragut berjuta-juta nyawa yang terjadi di negara-negara maju.Hal ini menunjukkan Allah sedang memberi satu ujian yang amat getir kepada hamba-Nya di sana,justeru marilah kita sama-sama merenung sejauh manakah iman kita supaya pasrah dan reda dengan setiap musibah.Sesungguhnya tanda-tanda pertama Hari Kiamat akan tiba telah pun tampak dengan jelasnya.Oleh itu,marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur dengan doa-doa yang dipetik daripada Al-Mathurat.

 * Ya Allah,pada pagi ini kami menikmati pemberian-Mu,kesihatan dan perlindungan-Mu maka sempurnakan nikmat,'afiat-Mu dan perlindungan-Mu terhadap kami di dunia dan di akhirat.
* Ya Allah,apa sahaja nikmat yang kami perolehi di waktu pagi dan diperolehi seseorang daripada makhluk-Mu,maka sebenarnya adalah daripada Engkau jua.Tidak ada sekutu bagi-Mu.Pujian dan kesyukuran kami untuk-Mu.
* Wahai Tuhanku,untuk-Mu pujian yang setanding dengan Kebesaran serta Kemuliaan wajah-Mu dan Keagungan Kekuasaan-Mu.      

Thursday, January 6, 2011

RINDU SEORANG SAHABAT,,,

     Assalamualakum kepada semua yang sentiasa mengikuti blog saya,saya kini berhajat berceloteh mengenai sahabat-sahabat yang saya kagan.Apa khabar kalian?Semoga awak semua dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya.Pelbagai SMS yang saya terima daripada rakan-rakan terutamanya ketika waktu cuti sekolah yang berkait dengan perasaan masing-masing.Itu merupakan kenangan terindah buat diri setiap insan yang bergelar sahabat.Sahabat membawa makna seseorang yang sentiasa menegur kita apabila kita silap dalam sesuatu hal,mereka juga membantu kita saat-saat kita memerlukan sokongan.Mereka itulah digelar sahabat dunia akhirat.Namun perlu diingat bahawa kita seharusnya pandai memilih sahabat kerana remaja dikatakan majoritinya mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.Keadaan ini jelas menunjukkan faktor pengaruh rakan sebaya perlu dititikberatkan.Pada kesempatan ini,saya ingin menyampaikan rasa rindu saya kepada semua pihak yang mengenali diri ini terutamanya adik-beradik saya,ibu bapa dan guru-guru.

Monday, January 3, 2011

Charity Works

      Assalamualaikum dan saya datang membawakan satu topik yang boleh mendatangkan pahala kepada semua rakan-rakan seIslam.Tengah hari tadi saya menyaksikan siaran WHI yang memaparkan seorang hamba Allah yang melakukan kerja amal pada malam sambutan tahun baru,sementara ada juga golongan yang menyambut seperti mana yang biasa dilakukan oleh masyarakat kita iaitu dengan sambutan bunga api dan hiburan konsert.Sepanjang duduk di sini,tahun lepas tidak kedengaran bunga api dilepaskan.Mungkin ada atau mungkin tidak,hanya Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku di sekeliling-Nya.Siaran itu turut memuatkan Revolusi Tudung Terkini bagi wanita yang menutup aurat.Ini kerana mereka dikatakan agar tidak ketinggalan dengan keadaan semasa.Entah la saya kurang bersetuju kerana Islam telah  mengajarkan kita bahawa tudung yang dipakai mestilah labuh melebihi paras dada dan buntut.Jikalau kita mengikut aliran fesyen tanpa mematuhi tuntutan syarak itu tidak menjadi sempurna.

Sunday, January 2, 2011

STAM adalah MATLAMATKU

        Yeahhhhhhhhhh............itulah luahan pelajar lepasan SPM.Namun tak terlewat lagi untuk saya menghuraikan isu ini dengan lebih lanjut...hehehe.Hal ini demikian kerana kita masih dibuai mimpi cuti-cuti yang panjang selagi belum masuk bulan Mac.Bulan itu memang banyak peristiwa antaranya kawan-kawan yang terpilih PLKN pakat balik dan yang paling mendebarkan result kita diumumkan.Aduhhhhhhhh....dahsyat beb.Semua kengkawan debar perut nak mari sekolah coz dengar2 adik2 PMR result diorang diumumkan di khalayak ramai...naya2.Harap-haraplah time kiteorang tak begitu hendaknya...amin Ya Rabbal Alaminnnn.