Saturday, January 22, 2011

PANDUAN UNTUK MENGHAFAZ AL-QURAN

               Assalamualaikum kepada teman-teman yang setia mengikuti blog saya,alhamdulilah kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada.Insya-Allah dengan ilmu yang sedikit ini kita dapat amalkan dalam kehidupan kita dan sama-sama memperoleh manfaatnya.Dalam sesuatu pekerjaan pasti ada permulaannya kan?Begitu jua apabila kita menghafaz Al-Quran.Antaranya ialah...

                          
SEBELUM
  • Niat yang ikhlas
  • Pakaian dan tubuh yang suci dan bersih
  • Pastikan diri dalam keadaan bersedia,tidak mengantuk,letih dan runsing.
SEMASA
  • Baca ms yang hendak dihafaz berulang kali sehingga lancar & menepati hukum tajwid.
  • Pastikan tiada kesalahan huruf,baris dan wakaf.
  • Bahagikan ms yang hendak dihafaz kepada 3@4 bahagian
  • Baca bahagian pertama dengan lancar.Jika ayat hafazan panjang gunakan kaedah pemotongan ayat.
  • Mulakan dengan menghafaz ayat yg pertama dgn kekerapan ulangan 15-30 kali
  • Guna kaedah lihat mashaf 5x dan tidak lihat mashaf 5x
  • Setelah hafaz ayat pertama,gunakan kaedah yg sama untuk ayat hafazan yg kedua.
  • Setelah ayat kedua,ulang kembali ayat pertama dan kedua sebanyak 5-10x.
  • Teruskan dengan hafazan ayat ketiga berpandukan kaedah yang sama.
  • Begitulah ayat-ayat seterusnya.
SELEPAS
  • Membaca ayat yang dihafaz dalam solat
  • Bersahabat dengan orang yang sentiasa mengingatkan kita tentang kepentingan membaca Al-Quran.
  • Sentiasa mengisi masa lapang dengan mengulang ayat yg sudah dihafaz atau ayat baru
  • Sentiasa berdoa agar Allah memberi kekuatan dan kemudahan untuk menjaga kalam-Nya.

No comments:

Post a Comment