Wednesday, January 19, 2011

Alhamdulilah Ya Allah!

         Assalamualaikum dan semoga Allah sentiasa merahmati kalian walau apa pun yang kalian lakukan ketika ini.Tetapi harus diingat bahawa perbuatan yang paling disukai Allah ialah perkara kebaikan.Kita disuruh supaya membantu orang lain terutamanya yang berada di dalam kesusahan.Apabila kita pula yang berada di posisi orang yang dilanda musibah,kita akan merasakan situasi yang pernah dialami oleh rakan-rakan kita di luar sana.Segala ujian yang dikurniakan Allah pasti ada hikmahnya,oleh itu tabahkanlah diri anda kerana Allah itu Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui. 

         Baru-baru ini,kita digemparkan dengan berita bencana alam yang meragut berjuta-juta nyawa yang terjadi di negara-negara maju.Hal ini menunjukkan Allah sedang memberi satu ujian yang amat getir kepada hamba-Nya di sana,justeru marilah kita sama-sama merenung sejauh manakah iman kita supaya pasrah dan reda dengan setiap musibah.Sesungguhnya tanda-tanda pertama Hari Kiamat akan tiba telah pun tampak dengan jelasnya.Oleh itu,marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur dengan doa-doa yang dipetik daripada Al-Mathurat.

 * Ya Allah,pada pagi ini kami menikmati pemberian-Mu,kesihatan dan perlindungan-Mu maka sempurnakan nikmat,'afiat-Mu dan perlindungan-Mu terhadap kami di dunia dan di akhirat.
* Ya Allah,apa sahaja nikmat yang kami perolehi di waktu pagi dan diperolehi seseorang daripada makhluk-Mu,maka sebenarnya adalah daripada Engkau jua.Tidak ada sekutu bagi-Mu.Pujian dan kesyukuran kami untuk-Mu.
* Wahai Tuhanku,untuk-Mu pujian yang setanding dengan Kebesaran serta Kemuliaan wajah-Mu dan Keagungan Kekuasaan-Mu.      

No comments:

Post a Comment