Thursday, January 6, 2011

RINDU SEORANG SAHABAT,,,

     Assalamualakum kepada semua yang sentiasa mengikuti blog saya,saya kini berhajat berceloteh mengenai sahabat-sahabat yang saya kagan.Apa khabar kalian?Semoga awak semua dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya.Pelbagai SMS yang saya terima daripada rakan-rakan terutamanya ketika waktu cuti sekolah yang berkait dengan perasaan masing-masing.Itu merupakan kenangan terindah buat diri setiap insan yang bergelar sahabat.Sahabat membawa makna seseorang yang sentiasa menegur kita apabila kita silap dalam sesuatu hal,mereka juga membantu kita saat-saat kita memerlukan sokongan.Mereka itulah digelar sahabat dunia akhirat.Namun perlu diingat bahawa kita seharusnya pandai memilih sahabat kerana remaja dikatakan majoritinya mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.Keadaan ini jelas menunjukkan faktor pengaruh rakan sebaya perlu dititikberatkan.Pada kesempatan ini,saya ingin menyampaikan rasa rindu saya kepada semua pihak yang mengenali diri ini terutamanya adik-beradik saya,ibu bapa dan guru-guru.

No comments:

Post a Comment