Monday, January 3, 2011

Charity Works

      Assalamualaikum dan saya datang membawakan satu topik yang boleh mendatangkan pahala kepada semua rakan-rakan seIslam.Tengah hari tadi saya menyaksikan siaran WHI yang memaparkan seorang hamba Allah yang melakukan kerja amal pada malam sambutan tahun baru,sementara ada juga golongan yang menyambut seperti mana yang biasa dilakukan oleh masyarakat kita iaitu dengan sambutan bunga api dan hiburan konsert.Sepanjang duduk di sini,tahun lepas tidak kedengaran bunga api dilepaskan.Mungkin ada atau mungkin tidak,hanya Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku di sekeliling-Nya.Siaran itu turut memuatkan Revolusi Tudung Terkini bagi wanita yang menutup aurat.Ini kerana mereka dikatakan agar tidak ketinggalan dengan keadaan semasa.Entah la saya kurang bersetuju kerana Islam telah  mengajarkan kita bahawa tudung yang dipakai mestilah labuh melebihi paras dada dan buntut.Jikalau kita mengikut aliran fesyen tanpa mematuhi tuntutan syarak itu tidak menjadi sempurna.

No comments:

Post a Comment